FAQ


1. Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan di PrintingsBaju.com?
  • Terdapat 2 cara untuk membuat tempahan di PrintingsBaju.com iaitu :
a) Tempahan secara online
- Anda perlu mengisikan maklumat penuh di borang tempahan dan kami akan memberikan sebut harga serta cara pembayaran melalui email.

2. Berapakah harga untuk setiap jenis produk di PrintingsBaju.com?
  • Harga adalah sangat bergantung kepada :
a) Kuantiti tempahan
- Semakin banyak yang anda tempah, semakin murah harga yang kami boleh tawarkan.

b) Jenis baju
- Sila berikan kod t-shirt / baju yang ingin anda tempah kerana harga untuk setiap jenis baju adalah berlainan.

c) Jumlah warna cetakan / sulaman
- Sila emailkan kepada kami design anda serta beritahu kepada kami sama ada anda ingin membuat cetakan atau sulaman pada t-shirt / baju tersebut.

3. Berapakah PrintingsBaju.com mengira jumlah bilangan warna dalam cetakan baju?
  • Bilangan warna dikira berdasarkan side atau spot. Contohnya baju hadapan mempunyai warna hijau, biru kuning dan hitam, jadi ada 4 warna pada side tersebut.
4. Berapakah kuantiti minimum untuk tempahan t-shirt / baju di PrintingsBaju.com?
  • Kuantiti minimum untuk tempahan adalah sebanyak 10 helai sahaja untuk ready made.
5. Saya sudah lihat pada e-katalog PrintingsBaju.com, tetapi tiada satu jenis design t-shirt / baju yang saya minati. Bolehkah pihak PrintingsBaju.com membuat t-shirt / baju mengikut design saya sendiri?
  • Ya boleh, ini dipanggil custom made. Kami boleh menjahit semula t-shirt / baju mengikut design anda sendiri. Kuantiti minimum untuk tempahan pula adalah sebanyak 30 helai untuk jenis custom made.
6. Saya mempunyai t-shirt / baju sendiri, bolehkah saya hantar ke PrintingsBaju.com untuk dicetak atau disulam sahaja?
  • Ya boleh, tetapi kuantiti minimum adalah sebanyak 30 helai ke atas sahaja. Harga juga adalah bergantung pada kuantiti dan design.
7. Saya berada di lokasi yang jauh dari PrintingsBaju.com (di Sabah & Sarawak), bolehkah pihak PrintingsBaju.com menghantar tempahan saya melalui Pos?
  • Ya boleh, kami juga selalu membuat penghantaran untuk tempahan ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Poslaju Malaysia. 
8. Saya mempunyai banyak lagi pertanyaan, bagaimana pihak PrintingsBaju.com boleh membantu saya?
  • Jika anda mempunyai soalan lagi, sila terus hubungi khidmat pelanggan kami di printingsbaju@gmail.com atau ditalian 017-2496972 (Akram). Anda juga boleh isi borang di sini atau ke laman facebook kami untuk lebih lanjut lagi.